China berharap Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama dan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-21 yang akan diadakan di pulau Bali, Indonesia pada 7 hingga 8 Oktober mencapai tiga matlamat bagi menggalakkan Asia-Pasifik memainkan peranan utama dalam pemulihan ekonomi sejagat. Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika diwawancara wartawan Indonesia dan Malaysia baru-baru ini.
Xi Jinping menyatakan bahawa tiga matlamat itu ialah memperkukuh keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap pembangunan Asia-Pasifik; kedua memainkan peranaan panduan dan penyelarasan APEC di samping meningkatkan kedudukan pertubuhan itu; dan ketiga menggalakkan sidang APEC mencapai hasil yang positif dalam menyokong sistem perdagangan pelbagai hala, menyelaraskan perdagangan bebas serantau dan menggalakkan pembangunan kesalinghubungan dan pembinaan infrastruktur di Asia-Pasifik.