Cari:
Pelbagai Lapisan Masyarakat Malaysia Nantikan Lawatan Presiden China
2013-10-03 13:52:44 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping memulakan lawatan rasminya ke Malaysia hari ini. Tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat Malaysia ketika ditemu ramah wartawan China sebelum ini menyatakan bahawa mereka menanti-nantikan lawatan Xi ke Malaysia dan berharap kedua-dua negara terus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia(MITI), Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria mengatakan bahawa beliau merasa teruja terhadap isyarat penting mengenai memperkukuh hubungan ekonomi China-Malaysia yang diberikan lawatan Presiden Xi kali ini.

Timbalan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hamim Samuri pula berkata, China merupakan entiti ekonomi kedua terbesar di dunia. Malaysia dan China mempunyai hubungan bersahabat sejak sekian lama. Lawatan Presiden Xi kali ini memperlihatkan persahabatan peringkat tinggi dan hubungan ekonomi yang rapat antara kedua-dua negara.

Ahli penyelidik kanan Institut Maritim Malaysia(MIMA), Nazery Khalid menyatakan, tahun depan merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China. Lawatan Presiden Xi kali ini menunjukkan komitmen China yang menghargai hubungan rapat dengan Malaysia.

Ketua Eksekutif Institut Pengurusan Ekonomi Universiti Malaya(UM) menyatakan, lawatan Presiden Xi kali ini akan memperkukuh lagi hubungan Malaysia-China yang rapat. Skop perdagangan dan pelaburan antara China dengan ASEAN tentu akan ditingkatkan selepas integrasi ekonomi ASEAN diwujudkan pada tahun 2015.

Ketua Setiausaha Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Tan Khai Hee menyatakan, Malaysia dan China yang mewujudkan rasa saling mempercayai antara satu sama lain telah melakukan penyelarasan yang saling melengkapi dalam banyak isu antarabangsa, dan akhirnya mewujudkan situasi menang-menang.

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng menyatakan, baik dari segi politik dan ekonomi mahupun hubungan luar, Malaysia berharap hubungannya dengan China dapat berkembang dengan stabil. Pemulihan ekonomi Malaysia daripada krisis kewangan antarabangsa boleh dikatakan bergantung kepada jumlah eksport ke China yang banyak dan kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China