Pegawai kanan Indonesia memberi penilaian tinggi terhadap lawatan Presiden China, Xi Jinping ke negara tersebut pada 2 hingga 3 Oktober lalu.
Menteri Luar, Marty Natalegawa berkata, sebagai dua negara yang berhubungan rakan strategik komprehensif, Indonesia dan China mengeratkan kerjasama dalam rangka ASEAN+1, ASEAN+3, Forum Serantau ASEAN, Sidang Kemuncak Asia Timur, APEC dan G20.
Menteri Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro berkata,pihaknya berpendapat bahawa kedua-dua negara selalu memperhebat mesyuarat pertahanan, pertukaran lawatan peringkat tinggi, dan kerjasama tentang latihan kakitangan, latihan ketenteraan serta keamanan maritim.
Menteri Perindustrian, Suleman Hidayat berkata, memandangkan sektor korporat China melabur USD 141 juta ke Indonesia tahun lalu, lawatan Xi yang baru berakhir ini dipercayai akan membuka lembaran baharu dalam kerjasama pelaburan bilateral.