"Hari China dalam APEC" yang bertemakan "mengutamakan pemulihan dan pertumbuhan serta pembentukan semula ekonomi global" diadakan di Universiti Udayana, Bali, Indonesia semalam.
Mantan Perdana Menteri Autralia, Julia Eileen Gillard berkata, meskipun pertumbuhan ekonomi China menjadi perlahan semasa pelaksanaan transformasi, masa depannya tetap optimistik memandangkan jumlah keseluruhannya yang begitu besar. Tambah beliau, China menyumbang besar kepada perkembangan APEC dalam bidang kerjasama teknologi ekonomi, kesalinghubungan serantau dan pertukaran sosiobudaya.