Cari:
Xi Jinping Hadiri Forum Kemuncak Kerjasama Ekonomi China-Malaysia
2013-10-05 10:16:12 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah bersama-sama menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Ekonomi China-Malaysia di Kuala Lumpur semalam. Xi menyampaikan ucapan yang mengharapkan usahawan kedua-dua negara bertindak pantas memegang peluang sekarang ini supaya dapat menulis bab yang baru dalam pelaksanaan kerjasama yang saling menguntungkan.

Tambah Xi, China menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia untuk 4 tahun berturut-turut, manakala Malaysia menjadikan rakan dagang terbesar bagi China dalam lingkungan ASEAN untuk 5 tahun berturut-turut. Beliau juga menggariskan pelan perkembangan perdagangan bilateral, iaitu merealisasikan pencapaian USD160 bilion menjelang tahun 2017.

Najib Tun Razak pula memuji kemajuan yang tercapai dalam kerjasama Malaysia-China, dan bersikap inisiatif menyahut cadangan yang dikemukakan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China