Cari:
Mesyuarat Peringkat Menteri APEC Berakhir
2013-10-06 15:23:05 CRI Cetak

Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2013 selama dua hari ditutup di Bali, Indonesia petang semalam.

Pengerusi mesyuarat, Menteri Luar Indonesia, Marty Netalegawa dan Menteri Perdagangan Indonesia, Gita Wirjawan telah mengadakan sidang media bersama selepas mesyuarat tersebut. Marty Netalegawa menyatakan, mesyuarat kali ini merangka beberapa dokumen mengenai pembangunan dan penggunaan lestari tenaga, antirasuah serta usaha membentuk sistem ketelusan yang akan dikemukakan kepada Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC ke-21 untuk dibahaskan. Mesyuarat kali ini juga memutuskan untuk menyerahkan draf cadangan peningkatan kesalinghubungan serta pembinaan dan pelaburan infrastruktur di rantau Asia Pasifik kepada sidang kemuncak tersebut.

Gita Wirjawan memaklumkan, tumpuan mesyuarat kali ini juga termasuk meningkatkan kerjasama serantau bagi menyuntik semangat baharu kepada ekonomi dunia berikutan situasi semasa ekonomi global yang kurang stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China