Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-21 serta siri mesyuarat berkaitan denganya yang diadakan di Bali, Indonesia pada 1 hingga 8 Oktober menyaksikan kira-kira seribu orang wartawan dari 21 anggota APEC datang untuk membuat liputan. Pihak penganjur, Indonesia turut menggunakan peluang ini untuk mempromosikan sumber pelancongan di Bali serta seluruh Indonesia.
Di Pusat Media, jabatan pelancongan Indonesia menyediakan pakej pelancongan sehari atau setengah hari percuma kepada para wartawan. Pengusaha kraf tangan, kopi dan SPA tempatan juga membuka gerai di sini untuk membolehkan para wartawan menikmati keunikan daya tarikan Bali dan Indonesia.