Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC 2013 dirasmikan di Bali, Indonesia hari ini.
Sidang kemuncak yang bertemakan "Ke Arah Pemulihan dan Pertumbuhan" ini, menyeru pelbagai entiti ekonomi APEC mengutamakan pembangunan berterusan industri dan perdagangan global serta komited mewujudkan pembangunan lestari yang bersifat inklusif.
Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri majlis penutupan sidang kemuncak ini dan menyampaikan ucapan.