Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan yang bertema "Memainkan Peranan Asia Pasifik untuk Memelihara dan Membangunkan Ekonomi Global yang Terbuka" dalam Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin APEC Ke-21 di Bali.
Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-21 diadakan di Bali, Indonesia hari ini. Pemimpin dari 21 buah negara dan kawasan anggota, termasuk Presiden China, Xi Jinping membincangkan kaedah membangunkan Asia Pasifik yang dinamik dengan latar belakang kemelesetan ekonomi global.
Dalam persidangan yang bertemakan "Kedinamikan Asia Pasifik, Enjin Seluruh Dunia", para hadirin bakal menumpu kepada tiga aspek: merealisasikan Matlamat Bogor; memberikan perhatian kepada keadilan masyarakat, perlindungan alam sekitar, pertumbuhan yang adil dan lestari; dan mendorong kesalinghubungan antara pelbagai anggota.
Selain kemudahan perdagangan, pelaburan dan perniagaan serta kerjasama teknologi ekonomi, peluasan dan pembaharuan struktur perdagangan dan pelaburan merupakan fokus persidangan kali ini, di samping daya saing syarikat kecil dan sederhana, sistem kewangan inklusif, keselamatan bijirin, kesehatan dan kesalinghubungan dalaman antara pelbagai anggota APEC.