Cari:
PM Li Bakal Hadiri Persidangan Pemimpin Asia Timur
2013-10-08 13:55:44 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri persidangan pemimpin Asia Timur dan membuat lawatan rasmi ke Brunei Darussalam, Thailand dan Vietnam.

Liu Zhenming dalam sidang akhbar.

Dalam sidang akhbar yang diadakan semalam, Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin menyatakan, usaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau, mengatasi risiko kewangan, menggalakkan integrasi serantau dan mewujudkan pembanguan bersama merupakan hasrat bersama semua negara di rantau ini dan juga tugas utama persidangan kali ini.

Menurut beliau, dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China, Li akan menegaskan komited China untuk memperkukuh perkongsian strategik dengan ASEAN dan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk mencipta "dekad intan" bagi hubungan bilateral serta mengemukakan pandangan dan cadangan berkaitan rangka kerjasama China-ASEAN dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Kedua-dua pihak juga akan membincangkan pemeteraian Perjanjian  Kerjasama dan Kejiranan baik antara China dengan negara-negara ASEAN selain mengeluarkan Kenyataan Bersama Sempena Ulang Tahun Ke-10 Terjalinnya Perkongsian Strategik China-ASEAN.

Liu menyifatkan mekanisme ASEAN+3 sebagai saluran utama bagi kerjasama Asia Timur dan tunjang utama bagi pembinaan Komuniti Asia Timur. Menurut beliau lagi, Li akan menyeru supaya semua pihak meningkatkan penyelarasan dasar ekonomi dan kewangan bagi menghadapi krisis, serta mengemukakan cadangan mengenai kerjasama ekonomi, keselamatan bahan makanan dan kesalinghubungan dalam persidangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China