Cari:
Presiden Xi Optimistik Terhadap Prospek Asia Pasifik
2013-10-08 15:53:25 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Memperdalam Pembaharuan dan Keterbukaan Demi Masa Depan Asia Pasifik yang Lebih Cemerlang" dalam Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bali, Indonesia semalam.

Dalam ucapannya itu, Presiden Xi menekankan bahawa China akan mengekalkan usaha pembaharuan dan pintu terbuka, dan berkeyakinan penuh terhadap pembangunan lestari ekonomi negara. China berharap semua anggota APEC bekerjasama mencipta masa depan Asia Pasifik yang lebih cemerlang.

Xi berkata:

"Dari mana datangnya momentum pertumbuhan? Bagi saya, ia hanya dapat kita memperoleh daripada usaha pembaharuan, transformasi dan inovasi. Pelbagai entiti ekonomi APEC perlu mempelopori kaedah pembangunan ekonomi yang bersifat terbuka melalui pembangunan inovatif, pertumbuhan ekonomi yang saling hubung serta berdasarkan kepentingan yang bersepadu, agar APEC boleh memainkan peranan yang utama dalam pemulihan ekonomi global."

Dalam pada itu, Presiden Xi juga menyatakan keyakinannya terhadap prospek ekonomi China, di samping menganggap pertumbuhan ekonomi semasa China pada kadar 7.6% adalah pada tahap yang munasabah dan selaras dengan matlamat yang ditetapkan. Kata beliau:

"Ekonomi China telah memasuki peringkat pembangunan yang baharu. Ekonomi negara ini sedang mengalami transformasi yang mendalam. Bagaikan kesukaran yang pasti dihadapi oleh seseorang individu ketika membesar, usaha pengubahsuaian struktur ekonomi ini sudah tentu akan menghadapi kesulitan dan cabaran. Namun, jika China ingin terus melangkah ke hadapan, usaha pembaharuan dan pintu terbuka perlulah diperdalam."

Jumlah import China dijangka mencecah lebih USD 10 trilion pada 5 tahun akan datang, manakala pelaburan ke luar melebihi USD 500 bilion. Presiden Xi menggesa supaya pelaksanaan strategi Kawasan Perdagangan Bebas serta kesalinghubungan dengan negara-negara jiran dipercepat.

Selain itu, China juga mencadangkan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia bagi memberikan sokongan modal kepada usaha pembinaan infrastruktur negara-negara membangun di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China