Cari:
Li Keqiang Diwawancara Media Bersama ASEAN
2013-10-09 13:09:13 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang diwawancara media bersama negara ASEAN semalam.

Li Keqiang berkata, dalam tempoh 10 tahun lalu, China dan ASEAN terus mendorong kerjasama pragmatik dan berjaya membangunkan satu kawasan perdagangan bebas milik negara membangun yang terbesar di dunia. Berdasarkan prestasi "dekad keemasan" yang tercapai, kedua-dua pihak akan mencari strategi baharu dan membangunkan komuniti bersama yang lebih rapat.

Menyentuh tentang kerjasama serantau Asia Timur dan dasar luar dengan negara jiran, Li menegaskan, China memerlukan suasana kejiranan yang aman dan stabil, dan perlu mengekalkan kerjasama menang-menang dengan jirannya serta mengawal percanggahan dan perselisihan dengan baik. Dasar diplomatik China mengutamakan ASEAN.

Berhubung isu Laut China Selatan, Li berkata, kerajaan China berpegang pada pembangunan secara damai dan bertekad memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China