Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23 di Brunei
2013-10-09 13:10:23 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-23 dirasmikan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pagi tadi. Pemimpin 10 negara dan Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh menghadiri sidang tertutup itu.

Dalam sidang yang bertemakan "Rakyat Kita, Masa Depan Bersama" ini, para pemimpin negara akan membincangkan isu-isu keselamatan politik, ekonomi dan sosiobudaya, serta menyimpulkan pencapaian pembangunan dan membuat persiapan bagi pembentukan Komuniti Ekonomi menjelang tahun 2015.

Le Luong Minh berkata, setelah matlamat Komuniti Ekonomi tercapai, ASEAN akan terus mengekalkan pembangunan lestari, memperkukuh asas bagi pembangunan yang lebih mencabar pada masa depan, dan memperhebat pengaruh ASEAN di rantau Asia Timur dan Asia Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China