Perdana Menteri China, Li Keqiang akan membuat lawatan rasmi ke Vietnam pada 13 hingga 15 Oktober nanti atas undangan rakan sejawatnya dari negara tersebut, Nguyen Tan Dung.
Media negara tersebut menanti-nantikan lawatan Perdana Menteri China dan berharap lawatan tersebut dapat meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan ekonomi kedua-dua negara.
Wartawan dari Agensi Berita Vietnam di Beijing berkata beliau berharap lawatan Li Keqiang dapat menggalakkan lebih banyak syarikat China melabur di Vietnam, di samping menarik syarikat Vietnam berniaga di China.
Wartawan dari Suara Vietnam berharap lawatan Perdana Menteri Li dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan kepada hubungan perdagangan ekonomi dua hala supaya meningkatkan tahap pelaburan antara kedua-dua negara.