Cari:
Perjanjian Syarikat Usaha Sama CNOOC dengan Petroleum Brunei
2013-10-11 16:01:22 CRI Cetak

Menurut Keyataan Bersama China dengan Brunei yang ditandatangani ketika lawatan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke negara tersebut, kedua-dua pihak memutuskan untuk mempererat hubungan dua hala dan bersetuju untuk mendorong pembangunan maritim bersama.

Kedua-dua pihak menegaskan bahawa masalah Laut China Selatan perlu diselesaikan melalui dialog antara negara yang terlibat. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk menunaikan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak di Laut China Selatan, serta mengalu-alukan persidangan China-ASEAN mengenai masalah tersebut yang telah diadakan pada September lalu. China dan Brunei akan bersama-sama menjaga keamanan, kestabilan, dan kedamaian serantau serta meningkatkan rasa saling mempercayai untuk mendorong Kod Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan mencapai hasil.

Di samping itu, kerajaan kedua-dua negara juga berpuas hati terhadap kerjsama dalam bidang tenaga, khususnya kerjasama Syarikat Petroleum Lautan China (CNOOC) dengan Syriakat Petroleum Brunei, dan juga mengalu-alukan perjanjian antara kedua-dua syarikat untuk menubuhkan syarikat usaha sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China