Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengadakan upacara sambutan untuk Perdana Menteri China, Li Keqiang di Bangkok pada 11 Oktober lalu.
Li Keqiang dan Yingluck mengadakan rundingan di Bangkok semalam. Dalam sidang media setelah rundingan itu, Li berkata, China dan Thailand bersetuju untuk meningkatkan rasa saling mempercayai dalam bidang politik, mendorong kerjasama dalam bidang-bidang ekonomi dan perdagangan, komunikasi, sumber tenaga, kewangan, sains dan teknologi, kebudayaan dan pertahanan.
Kedua-dua pemimpin mengumumkan bahawa China dan Thailand akan membincangkan dan menandatangani momerandum persefahaman tentang pengecualian visa bagi pemegang pasport biasa kedua-dua negara, supaya memudahkan lawatan antara kedua-dua pihak.