Cari:
Li Keqiang Promosi Kereta Api Laju China
2013-10-13 14:43:55 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang bersama-sama rakan sejawatnya dari Thailand, Yingluck Shinawatra menghadiri majlis perasmian pameran Kereta Api Laju China di Bangkok semalam.

Menurut taklimat pegawai Syarika Kereta Api China, jika menggunakan teknologi China, masa perjalanan dari Chiang Mai ke Bangkok yang sejauh 678 km akan dikurangkan daripada lebih 11 jam kepada 3 jam. Perdana Menteri, Yingluck telah memberikan minat yang tinggi kepada projek tersebut.

Li Keqiang memaklumkan Yingluck bahawa teknologi kereta api laju China yang canggih dan selamat memerlukan kos yang lebih rendah. Tegasnya, peningkatan kerjasama China-Thailand dalam sektor kereta api bukan sahaja akan mendorong pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi Thailand, malah mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua negara, di samping menggalakkan pembinaan pengangkutan serantau.

Yingluck memuji prestasi China dalam bidang kereta api laju dan mengalu-alukan syarikat China melabur dalam program tersebut di Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China