Puteri Thailand, Maha Chakri Sirindhorn sebagai wakil Raja Bhumibol Adulyadej menemui Perdana Menteri China, Li Keqiang di Istana semalam. Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra turut hadir dalam pertemuan tersebut.
Li Keqiang berkata, Puteri Sirindhorn sebagai utusan persahabatan China-Thailand, banyak kali melawat ke China dan medorong kerjasama kebudayaan dan pendidikan kedua-dua negara. Katanya, setakat ini, hubungan rakan strategik China-Thailand sudah masuk ke tahap pembangunan yang baharu. Kerajaan China mementingkan hubungan dengan Thailand dan bersedia untuk mendorong hubungan tersebut dan menyuntik tenaga baharu kepada hubungan dua hala, supaya hubungan persahabatan sekeluarga China-Thailand dapat diwarisi dari generasi ke generasi.
Puteri Sirindhorn pula berkata, keluarga diraja Thailand menentingkan hubungan dengan China dan menyokong kerajaan merapatkan hubungan dengan kerajaan China. Beliau lebih 30 kali melawat ke China dan mempunyai perasaan yang istimewa terhadap China. Beliau melahirkan harapan agar sosioekonomi China semakin maju, hubunga China dengan Thailand semakin rapat.