Cari:
China, Vietnam Galak Perkongsian Kerjasama Strategik Komprehensif
2013-10-14 11:49:59 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Tan Dung yang bermesyuarat di Hanoi semalam, sepakat untuk menggalakkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif.

Li berkata, China dan Vietnam perlu melaksanakan pembaharuan pemikiran bagi menyelesaikan isu Laut China Selatan, yang merupakan satu-satunya isu tertunggak dalam hubungan bilateral. Dalam pertemuan kali ini, kedua-dua negara juga bersetuju menubuhkan kumpulan kerja bersama bagi mempergiat kerjasama maritim, di pesisir dan kewangan pada tahun ini.

Nguyen Tan Dung berkata, Vietnam yang mementingkan hubungan dengan China, bersedia mempertingkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan kesalingpercayaan politik dengan China, selain memperkasakan kerjasama dalam tiga aspek tersebut, memperhebat komunikasi dan penyelarasan dalam hal-ehwal antarabangsa dan serantau termasuk menyelesaikan perselisihan pendapat antara satu sama lain sewajarnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China