Juara pertandingan "Nyanyian Lagu Persahabatan China-Vietnam" yang juga pensyarah fakulti kesenian ASEAN Institut Kesenian Guangxi China, Luo Jing diundang oleh Teater Nyanyian dan Tarian Negara Vietnam untuk membuat persembahan dalam jamuan sambutan Perdana Menteri China, Li Keqiang di Hanoi semalam.
Pertandingan tersebut telah diadakan sebanyak tiga kali bermula tahun 2010. Pertandingan ini amat berpengaruh dalam kalangan rakyat China dan Vietnam, serta telah menjadi aktiviti utama dalam usaha mendorong pertukaran budaya kedua-dua pihak.