Cari:
China, Vietnam Lakar Kerjasama Bilateral
2013-10-15 14:38:09 CRI Cetak

(PM China Li Keqiang danSetiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trng)

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trng, Presiden Vietnam, Truong Tan Sang dan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan, Nguyen Sinh Hung di Hanoi semalam.

(PM China Li Keqiang dan PM Vietnam Nguyen Tan Dung)

Ketika bertemu dengan Nguye Phu Trong, Li menyatakan bahawa penyelesaian isu Laut China Selatan bukan sahaja berkaitan dengan sentimen rakyat kedua-dua negara, bahkan melibatkan suasana politik dan keselamatan bagi kerjasama bilateral termasuk pelaburan infrastruktur. Sebelum ini, beliau dengan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung telah mencapai persepakatan untuk mengintensifkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang maritim, pesisir dan kewangan.

(PM China, Li Keqiang dan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam, Nguyen Sinh Hung)

Nguyen Tan Dung mengalu-alukan persepakatan tersebut, yang telah memperincikan hala tuju kerjasama kedua-dua negara pada masa depan.

Presiden Vietnam, Truong Tan Sang yakin persepakatan tersebut akan menggalakkan perkembangan pesat hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China