Cari:
Li: Generasi Muda Masa Depan Persahabatan China-Vietnam
2013-10-16 13:47:18 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang berharap generasi muda China dan Vietnam dapat memberi sumbangan demi mempererat hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian ketika melawat Universiti Nasional Vietnam di Hanoi semalam.

Li berkata, persahabatan antara China dengan Vietnam dipupuk dan dikembangkan bersama oleh pemimpin dan rakyat kedua-dua negara. Asas persahabatan itu terletak dalam kalangan rakyat, manakala masa depannya bergantung kepada generasi muda.

Beliau menggalakkan interaksi antara belia kedua-dua negara, dan berjanji kerajaan China akan menambah biasiswa kepada pelajar Vietnam untuk melanjutkan pengajian mereka di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China