Cari:
Lawatan PM China Jadi Tumpuan Media Asia Tenggara
2013-10-16 15:22:50 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyampaikan ucapan di Parlimen Thailand.

Perdana Menteri China, Li Keqiang selamat kembali ke Beijing semalam setelah menghadiri persidangan kemuncak Asia Timur dan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei, Thailand dan Vietnam. Lawatan beliau ini menjadi tumpuan media Asia Tengara.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura telah menyiarkan laporan sebaik PM Li tiba di Brunei. Menurut laporan itu, Perdana Menteri China melawat Asia Tenggara tidak lama selepas Presiden China, Xi Jinping melawat Indonesia, Malaysia dan menghadiri persidangan APEC di Bali. Kekerapan interaksi antara China dengan ASEAN ini memperlihatkan hasrat kerajaan China untuk membaiki dan mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara ASEAN malah keseluruhan hubungan dengan ASEAN.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN di Bandar Seri Begawan.

Akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan rencana yang bertajuk "Isu Tuntutan Wilayah Maritim Mampu Diatasi". Dalam rencana itu dinyatakan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa sikap kerajaan China dalam menangani isu Laut China Selatan meyakinkan Malaysia dan ASEAN bahawa pertikaian berkaitan

mampu diselesaikan secara damai melalui rundingan dalam masa terdekat. Perdana Menteri China, Li Keqiang sekali lagi menegaskan pendirian China itu dalam persidangan kemuncak China-ASEAN.

Media Thailand telah memberi tumpuan terhadap ucapan PM Li di Parlimen negara itu. Akhbar Manager Online dalam laporannya memetik kenyataan Li bahawa "persahabatan China-Thailand umpama Sungai Yangtze dan Sungai Menam yang tidak terhenti mengalir."

Media Vietnam telah memberikan tumpuan terhadap lawatan Li di negara itu. Akhbar Nhan Dan menyiarkan ulasan yang berkata, lawatan Li ke Vietnam untuk memperkasakan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Lawatan ini juga mempertingkatkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif Vietnam-China demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau sekali gus sejagat.

Radio Suara Vietnam pula melaporkan bahawa lawatan PM Li ke Vietnam mencerminkan azam

kerajaan China untuk memperkukuh persahabatan dan kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara itu. Lawatan berkenaan bermanfaat bagi memupuk persahabatan dalam kalangan rakyat dan mendorong kerjasama dalam pelbagai aspek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China