Cari:
Aktiviti "Kembara Muslim di China 2013"  Dirasmikan
2013-10-21 11:09:07 CRI Cetak

Rombongan Kembara Muslim bergambar beramai-ramai di Guilin.

Aktiviti "Kembara Muslim di China 2013" anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) dirasmikan pada 20 Oktober. Wartawan daripada enam buah media dari Malaysia dan Indonesia tiba di Guilin, bandar pelancongan yang terkenal di wilayah Guangxi, China semalam. Ini termasuk krew wartawan daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV Al-Hijrah, Utusan dan Berita Harian dari Malaysia.

Selain Guilin, rombongan wartawan juga akan melawat ke Zhengzhou, salah sebuah bandar yang bersejarah di bahagian tengah China.

Aktiviti yang merupakan kali ketiga diadakan itu bertujuan untuk memperkenalkan kebudayaan masyarakat Islam tempatan dan perkembangan sosioekonomi di pelbagai tempat di China kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China