Sidang Ke-10 Majlis Bersama bagi Kerjasama Bilateral China-Singapura yang dipengerusikan bersama oleh Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli dan rakan sejawatnya dari Singapura, Teo Chee Hean diadakan di Singapura semalam.
Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai transformasi ekonomi, kerjasama kewangan, pertukaran sosiobudaya dan pembangunan secara inklusif dan berterusan.
Pihak China menyatakan kesediaan untuk terus menggalakkan liberalisasi dalam bidang perdagangan, pelaburan dan perkhidmatan dalam rangka Kawasan Perdagangan Bebas China-Singapura dan China-ASEAN (CAFTA) bagi menggalakkan penaiktarafan CAFTA; menyokong Taman Perindustrian Suzhou Singapura mengadakan kerjasama pelaburan di pelbagai provinsi yang lain di China serta negara-negara ASEAN yang lain. Selain itu, China juga bersedia mewujudkan perdagangan langsung Dolar Singapura dengan RMB antara bank kedua-dua negara, meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam penetapan peraturan penyeliaan kewangan antarabangsa; memperhebatkan kerjasama dan pertukaran dalam bidang kumpulan pemikir, ekologi, penaiktarafan kehidupan rakyat, perkhidmatan awam dan jaminan sosial serta membentuk mekanisme kerjasama dalam bidang keselamatan makanan.