Cari:
Penganut Islam di China Bebas Amalkan Agama
2013-10-29 14:00:57 CRI Cetak

Walaupun China bukan negara Islam, namun penganut Islam di negara ini bebas mengamalkan agama ini. Demikian kata Naib Presiden Persatuan Islam China, Adiljan Haj Kerim kepada rombongan mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Peserta program kemasyarakatan anjuran mahasiswa USIM mengadakan lawatan ke Persatuan Islam China, di Beijing semalam dan bertukar-tukar pandangan tentang isu halal di China, perkembangan Islam di kedua-dua negara dan hubungan dua hala antara kedua-dua institusi berkenaan.

Para mahasiswa Institut Pengajian Al-Quran China pula berminat tentang keadaan keagamaan di masyarakat majmuk Malaysia. Ketika menjawab soalan mereka tentang peluang melanjutkan pengajian di USIM khasnya dan Malaysia amnya, ketua rombongan USIM, Haliza Abdul Syukor berkata, USIM juga menerima pelajar asing belajar di institusi itu, termasuk pelajar dari China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China