Cari:
Isu Kuil: Kemboja, Thailand Terima Keputusan Antarabangsa
2013-10-30 15:07:24 CRI Cetak

Kuil Preah Vihear

Kemboja dan Thailand bersetuju akan menerima apa juga keputusan Tribunal Antarabangsa pada 11 November nanti mengenai kuil Preah Vihear. Kedua-dua negara itu juga berjanji akan memelihara kedamaian dan kestabilan hubungan bilateral sebelum dan selepas keputusan itu diumumkan.

Menteri Luar Kemboja, Hor Namhong dan rakan sejawatnya dari Thailand, Surapong Techaruvichit mengeluarkan kenyataan selepas rundingan di Bangkok pada 28 Oktober lalu bahawa kerajaan dan pemimpin tentera kedua-dua negara akan bekerjasama untuk memelihara kedamaian dan kestabilan dan mencegah perkara buruk berlaku serta berjanji akan memaklumkan keputusan tribunal berkenaan kepada rakyat masing-masing sebaik-baiknya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China