
Taufan Haiyan yang membadai tengah Filipina baru-baru ini mengakibatkan kerugian yang besar.
Seorang pegawai polis dari kawasan bencana Leyte hari ini memaklumkan, taufan ini sekurang-kurangnya meragut 10 ribu nyawa di wilayah tersebut.

Haiyan yang membawa angin kencang dan ombak besar itu memusnahkan kesemua bangunan di kawasan seluas 1 kilometer dari pantai ke pedalaman.

Suruhanjaya Pengurangan Bencana Negara Filipina mengatakan, kerajaan kini mengalami kesukaran dalam mengumpulkan maklumat berkaitan keadaan terkini di kawasan bencana berikutan hubungan telekomunikasi terputus. Jumlah kematian dan kecederaan serta kerugian ekonomi dijangka terus meningkat.








