
Anak Syarikat Lokomotif dan Rolling Stock Selatan China Bhd (CSR), CSR Zhuzhou Electric Locomotive menandatangani kontrak dengan Malaysia untuk membekalkan 30 gerabak Transit Aliran Ringan. Gerabak itu akan digunakan dalam perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang di Kuala Lumpur.
Menurut ketua syarikat tersebut, laluan Ampang merupakan salah satu daripada 25 laluan perkhidmatan LRT di Lembah Kelang yang panjangnya 27 kilometer.
Menurut syarikat itu lagi, sejak memasuki pasaran Malaysia, syarikat CSR Zhuzhou Electric Locomotive telah memperoleh tempahan enam projek yang bernilai hampir RMB8 bilion.








