Cari:
Letupan Bom di Selatan Thailand Ragut 2 Nyawa
2013-12-23 15:20:53 CRI Cetak

Empat letupan bom berlaku di sekurang-kurangnya tiga tempat di selatan Thailand semalam dan mengakibatkan dua warga Thai maut manakala 24 lagi, termasuk dua warga Malaysia cedera.

Polis Thailand mengesahkan, letupan bom berlaku serentak di balai polis Sadao dan Satun pada pukul 11.30 pagi semalam. Penyerang dikatakan meletakkan bom di atas motosikal di depan balai polis dan meletupkannya dengan menggunakan telefon bimbit. Serangan yang berlaku serentak itu berkemungkinan besar dirancang kumpulan tertentu.

Pada pukul 1.45 petang semalam, dua letupan bom turut berlaku di Hotel Oliver di Danok, selatan negara terbabit. Bom itu diletakkan di dalam sebuah kereta di luar hotel sebeleum diletupkan. Tentera dan polis mengadakan kawalan di tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China