Cari:
Eksport Sarang Burung Walit Malaysia Pulih
2013-12-31 15:39:39 CRI Cetak

Eksport sarang burung walit Malaysia ke China yang dihentikan selama dua tahun dipulihkan bermula pada 30 Disember lalu. Namun kerajaan China akan melaksanakan kawalan kualiti yang lebih ketat terhadap produk itu.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Guangxi, China, Jabatan Kuaratin China membenarkan sarang burung walit Malaysia dieksport semula ke China.

Syarikat sarang burung Malaysia perlu didaftarkan oleh badan berkuasa Malaysia dan dilaporkan ke China. Di samping itu, syarikat-syarikat pengeluar produk sarang burung walit juga dikehendaki berdaftar dengan Pentadbiran Pensijilan dan Pentaulihan China (CNCA).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China