Cari:
Rakyat Thailand Sokong Pilihan Raya Umum
2014-01-06 15:19:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan semalam mengadakan perarakan di Bangkok untuk menyeru lebih banyak orang menyertai aktiviti memblokade Bangkok yang dijadualkan pada 13 haribulan depan untuk memaksa Perdana Menteri Sementara Thailand, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan.

Pada hari yang sama, beratus-ratus penduduk Bangkok mengadakan perhimpunan sebagai bantahan terhadap aktiviti itu serta sokongan mereka terhadap pilihan raya umum yang dijadualkan pada 2 Februari.

Timbalan Perdana Menteri Sementara Thailand, Surapong Tovichakchaikul mengingatkan aktivis yang hendak menyertai aktiviti berkenaan agar mempertimbangkan kesan tindakan mereka. Tambah beliau, tindakan seperti itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mencabul hak dan kepentingan penduduk lain serta menjejaskan pembangunan ekonomi negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China