Cari:
Jamuan Tahun Baharu China-ASEAN 2014
2014-01-07 18:10:04 CRI Cetak

Jamuan Tahun Baharu China-ASEAN yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan China-ASEAN (CABC) diadakan di Beijing hari ini.

Naib Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Yu Ping dalam ucapannya pada jamuan tersebut menyatakan, lawatan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang ke negara-negara ASEAN pada tahun lalu membuktikan China amat mengutamakan hubungan persahabatan dengan negara-negara tersebut. China dan ASEAN yang berjaya mencipta "dekad emas" perkongsian strategik pada masa lalu, sedang berganding bahu mencipta "dekad intan" pada masa depan.

Duta Besar Kemboja ke China, Khek Sysoda berkata, tahun ini merupakan Tahun Pertukaran Kebudayaan ASEAN-China. Usaha memperkasakan pertukaran kebudayaan bukan sahaja bermanfaat bagi meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua pihak, malah akan membantu mewujudkan persekitaran sosial yang lebih baik untuk kerjasama antara syarikat kedua-dua pihak.

Naib Ketua Setiausaha Eksekutif CABC, Xu Ningning menyatakan, kerjasama China-ASEAN pada tahun baharu perlu lebih memperlihatkan sifat pragmatik, menyeluruh dan saling menguntungkan.

Lebih 300 orang menyertai majlis jamuan tersebut termasuk wakil-wakil dari kedutaan sepuluh negara ASEAN di China termasuk Duta Besar Brunei Darussalam, Kemboja, Laos dan Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China