Cari:
Yingluck: Tentera Tidak Akan Rampas Kuasa
2014-01-08 11:15:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri sementara Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menyatakan bahawa pemimpin kanan angkatan darat, laut dan udara telah mengambil iktibar daripada kejadian masa lalu dan pasti tidak akan melancarkan rampasan kuasa.

Yingluck berkata, sebagai Menteri Pertahanan Kabinet sementara, beliau percaya semua komander tentera akan mematuhi perintah raja dan mempertimbangkan kesan jangka masa panjang tindakan berkenaan. Selain itu, kerajaan sementara dan agensi keselamatan akan mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan untuk menangani bantahan "Melumpuhkan Bangkok" bagi mengelakkan konflik antara pihak berkuasa dan penunjuk perasaan demi ketenteraman di Bangkok.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China