Cari:
15 Ribu Polis, Tentera Kawal Ketenteraman Bangkok
2014-01-09 15:51:51 CRI Cetak

Hampir 15 ribu polis dan tentera akan ditempatkan di Bangkok bagi mengelakkan bantahan "melumpuhkan Bangkok" bertukar menjadi ganas.

Menurut pihak polis Thailand, tindakan itu bertujuan memelihara ketenteraman di ibu negara dan mengelakkan berlakunya sebarang kekerasan atau konflik.

Pada Rabu lalu, Timbalan Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow mengadakan dialog dengan lebih 60 pegawai diplomat dari 50 buah negara bagi menghapuskan kebimbangan mereka terhadap situasi politik semasa di negara itu. Tambah beliau, kerajaan akan mengenakan perintah darurat jika perlu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China