Cari:
Tentera Thailand Nafi Kemungkinan Rampas Kuasa
2014-01-12 15:38:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Panglima Angkatan Darat Thailand, Jeneral Prayuth Chan-Ocha ketika menyertai sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan semalam, menggesa semua pihak yang terlibat menghentikan pertelagahan, di samping menegaskan tidak akan melakukan campur tangan dalam kemelut politik negara itu.

Prayuth berkata, situasi semasa di Thailand telah menjejaskan keyakinan negara asing terhadap negara itu. Kerjasama semua rakyat perlu untuk memulihkan imej negara.

Beliau yang turut melahirkan kebimbangan terhadap bantahan "Melumpuhkan Bangkok" pada 13 Januari ini, berharap semua pihak bertenang dan tidak mengambil tindakan kekerasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China