Pemimpin Kumpulan Antikerajaan Thailand Bersama Penyokongnyua
Kumpulan antikerajaan Thailand semalam menyatakan penundaan tarikh pilihan raya dari 2 Februari ke 4 Mei tidak bermakna. Satu-satunya tuntutan Jawatankuasa Rakyat bagi Sistem Demokrasi Lengkap Thailand di Bawah Sistem Raja Berperlembagaan sekarang adalah Perdana Menteri Kerajaan Sementara, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan dan kabinet pimpinannya dibubarkan agar pelbagai pembaharuan dapat dijalankan.
Anggota utama jawatankuasa tersebut, Shadi menyatakan bahawa penundaan tarikh pilihan raya tersebut tidak memberi apa-apa kesan kerana kerajaan sementara tidak mengubah peraturan pilihan raya untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan pilihan raya.