Cari:
China, Jepun Dan Korea Ikrar Kerjasama Rapat Dengan ASEAN Di Sektor Pelancongan
2014-01-19 14:52:30 CRI Cetak
Menurut laporan Bernama -- Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan (NTO) dari China, Jepun dan Republik Korea semalam mengikrarkan komitmen mereka untuk memperkukuh lagi kolaborasi dan aktiviti penggalakan pelancongan bersama dengan negara-negara anggota di rantau ASEAN.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan komitmen itu dilahirkan semasa mesyuarat ASEAN Campur Tiga (APT) di Kuching Malaysia bersempena Forum Pelancongan ASEAN 2014 (ATF 2014).

Mesyuarat tertutup itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian berkenaan dan setiap negara diwakili oleh presiden NTO masing-masing.

Menurut kenyataan itu antara perkara dibincangkan di mesyuarat itu ialah Pelan Kerjasama Pelancongan APT 2013-2017 meliputi pelancongan berkualiti, pembangunan kemahiran, pemasaran dan penggalakan pelancongan bersama, pelancongan 'cruise' serta komunikasi krisis pelancongan menerusi penubuhan Kumpulan Kerja e-Pelancongan.

Hasil perbincangan itu akan dibentangkan di mesyuarat Peringkat Menteri APT dijadual berlangsung 20 Jan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China