Cari:
Pemimpin Asia Tenggara Ucap Selamat Tahun Baharu Cina
2014-02-01 15:45:03 CRI Cetak

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, pemimpin-pemimpin negara Asia Tenggara merakamkan ucapan selamat tahun baharu kepada rakyat China, di samping melahirkan hasrat supaya hubungan dua hala terus meningkat pada "tahun kuda".

Dalam temu bual dengan wartawan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan tahniah kepada rakyat China. Beliau berkata, tahun ini merupakan tahun yang paling bertuah bagi hubungan China-Malaysia kerana ia merupakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Beliau teruja untuk merapatkan kerjasama dengan pucuk pimpinan baharu China demi kemakmuran bersama kedua-dua negara.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam Twitternya juga mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina, di samping melahirkan harapan agar semua pihak memperoleh kegembiraan dan kejayaan dalam tahun ini.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen juga menyampaikan ucapan yang sama kepada masyarakat Cina di Kemboja.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China