Cari:
Besar-besarkan Ketegangan Jejas Kestabilan Asia Tenggara
2014-02-10 15:46:49 CRI Cetak

Tindakan membesar-besarkan ketegangan tidak membantu ke arah mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara. Kenyataan beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) dalam testimoni Kongres tidak bersifat membina.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media kelmarin berikutan kenyataan Penolong Setiausaha Negara AS, Daniel Russel bahawa tuntutan wilayah oleh China di Laut China Selatan tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa, dan patut dijelaskan atau dibetulkan.

Hong berkata, hak dan kepentingan maritim China di Laut China Selatan dibentuk oleh sejarah dan dilindungi undang-undang antarabangsa. China komited menyelesaikan pertikaian berkenaan dengan negara terbabit menerusi rundingan. Pada masa yang sama, China juga amat mementingkan pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) demi keamanan dan kestabilan perairan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China