Cari:
China-Malaysia Bentuk Mekanisme "Taman Kembar"
2014-02-26 15:08:31 CRI Cetak

Mesyuarat pertama Majlis Kerjasama Bersama Taman Perindustrian Qingzhou China-Malaysia (CMQIP) dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) diadakan di Beijing semalam. Mesyuarat ini membincangkan pembentukan mekanisme penyelarasan bersama "taman kembar" kedua-dua negara.

Naib Menteri Perdagangan China, Gao Yan berkata, dengan perhatian pemimpin kedua-dua negara, pembangunan "taman kembar" dimulakan dengan baik. Pelaburan infrastruktur sebanyak RMB650 juta telah dilaksanakan dan sebanyak 16 projek akan dimulakan di CMQIP. Sementara itu, syarikat usaha sama di MCKIP ditubuhkan, dan penglibatan pelabuhan Kuantan sebagai salah satu pemegang saham utama MCKIP juga diselesaikan prosedurnya selain projek pertama di taman tersebut ditetapkan.

Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Datuk Hamim Samuri berkata, Malaysia akan terus mendukung pembangunan taman kembar. Beliau menyeru kedua-dua pihak menggunakan peluang bagi menarik lebih banyak projek bagi taman kembar berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China