Persidangan Kedua Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 dirasmikan di Beijing kelmarin. Duta Besar pelbagai negara turut hadir dan mendengar laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Li Keqiang. Duta Besar Laos ke China, Somdy Bounkhoum menyifatkan konsep pemerintahan kumpulan pemimpin baharu China berpandangan jauh dan cerdas.
Menurutnya, perkataan yang paling banyak dikatakan dalam laporan kerja itu ialah "bertujuan untuk membaiki hidup rakyat", dan "meningkatkan pembaharuan". Semua ini demi manfaat setiap rakyat negara ini dalam usaha mewujudkan impian China yang aman, stabil dan lestari.








