Upacara perasmian Persidangan Ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 telah diadakan di Beijing kelmarin. Duta Besar Vietnam ke China, Nguyen Van Tho memberitahu wartawan bahawa beliau prihatin terhadap dasar luar China terhadap negara-negara jiran yang disebut dalam laporan kerja Perdana Menteri Li Keqiang, khususnya hubungan China-ASEAN. Menurutnya, hubungan China-ASEAN amat penting kerana ia berkaitan dengan keamanan, kestabilan, kerjasama dan pembangunan bagi China dan rantau Asia Pasifik.
Menurutnya, China dan ASEAN perlu terus mengadakan rundingan mengenai usaha menaiktaraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Kedua-dua pihak perlu berusaha bersama-sama bagi meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan.








