Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar khas pada pukul 7.05 malam tadi berkata, kerajaan Malaysia juga telah mendapat kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat untuk membantu usaha mencari dan menyelamat.
Menurutnya, Malaysia telah mendapat persetujuan Vietnam untuk melakukan operasi mencari di kawasan perairan negara itu.
Najib juga telah bercakap dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang dan menyampaikan takziah kerana lebih 150 penumpang itu adalah warga China.