oleh Noriani Mohd Idris dari RTM
Kerajaan Malaysia dengan kerjasama agensi perisikan antarabangsa kini sedang menyiasat latar empat nama antaranya dua yang dikatakan menggunakan pasport palsu semasa menaiki pesawat MH370.
Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein berkata, kerajaan Malaysia mengambil kira semua kemungkinan dan tidak mengambil mudah isu tersebut. Malah pihaknya juga sedang bekerjasama dengan unit menangani keganasan antarabangsa bagi mengenalpasti sebarang risiko kepada keselamatan.