Malaysia Airlines (MAS), telah mengadakan sidang akhbar di Beijing hari ini. Jurucakapnya, Wang Mingcai berkata, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan kehilangan pesawat MH370 berkaitan dengan serangan ganas.
Beliau berjanji sebaik sahaja lokasi pesawat itu dikesan, pihaknya akan menggerakkan pusat kawalan di Kota Bahru dan Ho Chi Minh dengan serta merta.