China tidak akan memberi komen terhadap khabar-khabar angin tentang kehilangan pesawat MAS MH370 sebelum badan-badan profesional negara terlibat mengumumkan keputusan siasatan yang mukhtamad.
Demikian kata ketua kumpulan petugas kerajaan China hari ini tentang beberapa pendapat orang awam bahawa pesawat berkenaan mungkin dirampas atau diserang oleh penggganas.
Beliau berkata, orang awam diharap dapat bersikap rasional, jangan percaya dan menyebarkan khabar angin yang boleh mengganggu siasatan berkenaan.