China tidak pernah berhubung secara langsung dengan pengeluar pesawat MH370, iaitu Syarikat Boeing serta pengeluar enjin pesawat itu, Syarikat Rolls Royce di Malaysia. Oleh itu, China tidak akan memberi komen mengenai kenyataan Malaysia berkenaan.
Kedutaan Besar China di Malaysia semalam berkata demikian ketika diwawancara oleh pemberita mengenai Malaysia menafikan laporan bahawa enjin pesawat MH370 itu terus menghantar balik data selepas terputus hubungan.
Setakat pukul 12.00 tengah hari 13 Mac, pasukan penyelamat China telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan berkenaan selama 100 jam, namun masih belum ada kemajuan besar.