Cari:
China Gesa Malaysia Perhebat Usaha SAR
2014-03-16 15:52:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China amat prihatin terhadap maklumat terkini daripada kerajaan Malaysia mengenai insiden kehilangan pesawat MAS MH370. China menggesa Malaysia terus menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat kepada China.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang media mengenai pesawat MH370 petang semalam.

Menurut Qin, pakar teknikal China sudah bertolak ke Malaysia untuk membantu siasatan berkenaan. Selain itu, China juga akan menghubungi negara-negara dan pertubuhan antarabangsa berkenaan untuk membuat penyelidikan dan pertimbangan sendiri.

Beliau berkata, pesawat MH370 sudah hilang selama lapan hari, namun masih belum mengesan jejaknya. China mendesak Malaysia terus memperluas lingkungan operasi SAR. China juga akan menyelaraskan operasi berkenaan tepat pada masanya selain menyeru semua negara yang terlibat menghulurkan bantuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China