Cari:
Malaysia Minta Bantuan Negara di Dua Koridor
2014-03-16 18:16:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Malaysia sedang menghubungi negara yang terbabit dalam pencarian di dua koridor tempat pesawat MH370 berkemungkinan terputus hubungan dengan satelit.

Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, negara yang dihubungi termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.

Malaysia juga sudah meminta bantuan daripada negara-negara terbabit untuk pencarian pesawat termasuk berkaitan data dan analisis satelit, keupayaan pencarian di darat, data radar serta aset maritim dan laut.

Pada masa yang sama, Malaysia juga telah memulakan siasatan terhadap kapten pesawat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China